Monday, July 27, 2009

Jadual Aktiviti JULAI 2009

02 / 07 / 2009 : Penggambaran DRAMA
04 / 07 / 2009 : Casting di MELAKA

07 / 07 / 2009 : Penggambaran DRAMA
13 / 07 / 2009 : Ujibakat Pengacara/wartawan/pembaca berita di KL
14 / 07 / 2009 : Tempahan Sound System
17 / 07 / 2009 : Rehearsal Show Tarian
18 / 07 / 2009 : Show Tarian

22 / 07 / 2009 : Ujibakat Rancangan Gameshow & Muzikal Hari Raya
26 / 07 / 2009 : Tempahan Sound System

31 / 07 / 2009 : Penggambaran DRAMA

Jadual yang dah penuh sepanjang julai ialah :

Isnin - Jumaat : 09.00 a.m - 12.00 p.m

Sunday, July 26, 2009

Bersama Iqwal di Astana Hotel Port Dickson...


Masa ni aku bawa adek amier & Harris ke Astana Hotel coz masa tu Iwal ade show...ble mama iwal msj ajak datang,aku pun bawa ar dorang bdua tu tuk bjmpa ngan iwal...slama ni dorang btanya sape iwal tu????Sekarang ni dapat juga dorang btemu dan berkenalan dengan IQWAL sendiri....

Sedikit Sedutan Drama Bersiri IBU AMPUNKAN AKU/TANGGANG


Friday, July 24, 2009

Pakej Persembahan Untuk Pelbagai Jenis Majlis

Kini kami menawarkan pakej2 persembahan yang cukup hebat untuk majlis2 yang ingin anda anjurkan....Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk menyerikan lagi majlis anda..

Pakej

Persembahan dari artis kanak2 dan remaja seperti :

  • Adek Afiq (Finalis OLALA TV9)
  • Adek Haqiem (Naib Juara Idola Kecil TV9)
  • Along Zaimi (Tempat ke-3 Suara Bintang Kecil TV9)
  • Iqwal Hafiz (Artis & Entertainer)
  • Fairuz (bekas vokalis Q-Face)
  • Sound System & DJ
  • Kek Pengantin 2 Tingkat

Jika anda berminat dan ingin tahu harga pakej tersebut,anda boleh SMS/Hubungi kami di talian

017-2719149 / 019-6563794

Pakej dengan harga yang istimewa ini ditawarkan dari Julai-December 2009 SAHAJA...

Ulasan Selepas Sesi Ujibakat di RTM...

Alhamdulillah sebab semua yang aku bagitahu untuk sesi ujibakat tu ramai yang dapat hadir...Bukan budak2 aku dari PD je yang menyertai ujibakat tu malah adek Afiq(Idola Kecil),adek risya,diyana, n ramai lagi yang turut hadir...Tapi kesian kat adek Haqiem(Idola Kecil) tak dapat nak join coz die tengah demam masa tu...Moga2 adek Haqiem akan cpat sembuh..Apepun aku harap adek2 aku tu sume dapat tpilih mnyertai program rakaman tu nanti...Ujibakat tu untuk rancangan Gameshow Khas Merdeka & Muzikal Khas Hari Raya terbitan RTM...Nasib baik abg Kamal Bakar(pelakon) yang mesej aku bgtahu tentang ujibakat tu,kalau tak aku pun tak tau..

Sesi Ujibakat Gameshow & Muzikal Hari Raya di RTM


Sunday, July 19, 2009

Ulasan Mengenai Show...

Salam....

Semalam adek2 aku tu baru je pas wat show tarian...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Adek2 tu dapat wat show tu ngan baek..Tq juga kepada guru2 yang banyak membantu tuk persembahan tu...Kak Hasnah,kak shada n kak pe tah lg sorang tu tlupa lak namanya,dorang lah yang banyak membantu aku tuk uruskan budak2 ni show...pe pun semuanya OKKKKK.........

Persembahan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah...

Friday, July 10, 2009

Berminat Untuk Menjadi Artis Budaya PYAN PRODUCTION????

Anda berminat dan mempunyai bakat dalam bidang lakonan,tarian,nyanyian dan sebagainya???Kepada anda yang berminat untuk menjadi ARTIS BUDAYA kami sila SMS

*Nama
*Umur
*Bakat yang anda ada
*No.Telefon
*Alamat


Bagi anda yang betul2 berbakat kami akan cuba membantu anda untuk mengetengahkan segala bakat2 anda itu...Jadi apa tunggu lagi....SMS segala maklumat anda di no 0172719149...

Contoh : PyanTeam (jarak) taip semua butiran yang kami minta...

Hantar ke 017-2719149 / 019-6563794


Atau emailkan ke

pyan_production@yahoo.com

Monday, July 6, 2009

Nak Tempah Persembahan Tarian???Hubungi Kami...



Jika berminat untuk membuat tempahan persembahan tarian traditional sila hubungi kami ditalian 017-2719149 (PYAN)...Bayaran boleh dirunding mengikut kesesuaian..........

Sunday, July 5, 2009

HARTAMANIA - Ep 5 (AMAR)

HARTAMANIA - Ep 5#ancPlayer

Shared via AddThis

Bookmark and Share

Casting dirumah Abg Kamal Bakar......











Ni la Artis2 Budaya aku yang terlibat tuk casting Drama tuk Hari Raya...Bila abg kamal kol aku n suh bawa artis2 budaya aku,wahhhh seronoknya masa tu...emmm doakan artis2 budaya kami ni berjaya pada masa2 akan datang serta tak lupa diri bila berjaya kelak...terima kasih yang tak terhingga pada abg kamal n abg roscha yang banyak membantu kami...

Thursday, July 2, 2009

FAIRUZ ?????? SIapa Dia????Jommm....Intaiiii....

Dilahirkan di Batu Pahat, Johor, tanggal 23 mei 1985. 8 tahun lalu iaitu pada tahun 2001, Fairuz pernah menganggotai satu kumpulan muzik, Q-FACE. Bersama dengan Angah(allahyarham), Azan, Qimie dan Noh, Q-FACE sempat dikenali dan menghiasi majalah hiburan Malaysia untuk beberapa ketika. Bersama dua buah lagu yang sering berkumandang di corong2 radio iaitu IZINKANLAH dan CINTA TAK SEHALUAN, Qface menjadi salah sebuah kumpulan remaja yang agak popular . Malah lagu popular mereka “Izinkanlah” berada dalam top5 lagu pop pilihan , Anugerah Era 2002.

Walaubagaimanapun, jodoh Fairuz tak lama dengan kumpulan tu apabila di pertengahan tahun 2001 Fairuz menarik diri dr kumpulan Qface. Pada tahun 2002, Fairuz mencuba sekali lagi di persada seni dengan muncul bersama satu lagi kumpulan iaitu ANTZ di bawah label FMC. Bersama dengan Ein, Nazri dan Ijan, ANTZ juga sempat dikenali dengan beberapa buah lagu yang menjadi popular antaranya CINTA REMAJA duet bersama elyana, SEBATI dan juga LYDIA. tidak terhenti setakat album pertama itu, ANTZ muncul dengan album kedua pada tahun 2005 yang menampilkan hits MENANGGUNG CINTA dan TERPALING BERSERI.

Tahun 2008 merupakan permulaan perancangan untuk projek solo Fairuz. Dan tahun 2009 merupakan permulaan langkah Fairuz untuk mempromosikan kembali nama dan lagu barunya. untuk beberapa single pertama, Fairuz mempertaruhkan beberapa lagu baru, iaitu KU UNDUR CINTA, PALSU, ALAHAI SAYANG, dan juga CINTA TAK SEHALUAN.

Show FAIRUZ sebagai seorang PENYANYI...

SINGING

  • Irama Melayu Asli- Festival Seni 09- organised by HEP, University of Malaya 2009
  • Irama Malaysia- Festival Seni 09- organised by HEP, University of Malaya 2009
  • Solo Inggeris- Festival Seni 09- organised by HEP, University of Malaya 2009
  • Nasyid- Festival Seni 09- organised by HEP, University of Malaya 2009
  • Malam Kebudayaan Sembilan- Organised by 9th College, University of Malaya 2009
  • Malam Mesra MAKUM- Organised by UNIMAP 2009
  • Malam Semarak Budaya, Organised by Fakulti Pendidikan 2009
  • Malam Penganugerahan Pusat Sukan Organised by Pusat Sukan, UM 2009
  • Pertandingan Tilawah Tunku Bahiyah, Organized by 2nd Residential College 2008
  • Pertandingan Solo Patriotik, Organized by HEP & PKUM 2008
  • Dinner “Santapan Diraja”- Organized by HEP 2008
  • Pertandingan Suara Ibnu Sina- Organized by PMIPUM 2008
  • MASUM Dinner- organized by Masum & HEP, University of Malaya 2008
  • Asean Conference (Performing Arts) Organized by University of Malaya 2008
  • Majlis Perpisahan Menteri Pengajian Tinggi Organized by KPT 2008
  • Idola Sembilan- organized by 9th Residential College 2008
  • Majlis Penganugerahan ASTAR 08- 1st Residential College, University of Malaya 2008
  • Majlis Alumni UM 2008 organized by HEP, University of Malaya 2008
  • Talent Search- organized by 2nd Residential College 2008
  • Nasyid- Festival Seni 08- organized by HEP, University of Malaya 2008
  • Akustic- Festival Seni 08- organized by HEP, University of Malaya 2008

Itulah sedikit aktiviti FAIRUZ yang dapat saya kongsikan bersama anda...

Ucapan Khas Dari FAIRUZ untuk semua peminat....

Assalamualaikum dan salam keberkatan Fairuz ucapkan. Pertama sekali, Fairuz ingin memanjatkan syukur yang teramat sgt kepada allah swt kerana dengan restunya, terus memberi peluang kepada Fairuz sekali lagi untuk menggunakan bakat kurniaannya di jalan ini. Juga kepada seluruh ahli keluarga terutama mak ayah yang tak henti-henti memberi galakan untuk Fairuz terus mencuba.

Penghasilan single ini yang seterusnya, insyaallah akan membawa kepada kemunculan album solo penuh Fairuz sememangnya sesuatu yang fairuz nantikan. Bermula dengan kemunculan Fairuz di persada ini bersama kumpulan qface, seterusnya antz, Fairuz sebenarnya terlalu sayangkan industry ini, dan sememangnya Fairuz ingin terus menyumbangkan bakat Fairuz kepada industry ini. Banyak halangan dan rintangan yang Fairuz lalui untuk terus kekal namun berkat sokongan dan usaha org sekeliling, Fairuz terus mencuba dan kali ini, sekali lagi Fairuz mencuba dan berbeza dangan sebelumnya kerana kali ini Fairuz sendirian.


Bertitik tolak dengan usaha ini, Fairuz sememangnya berterima kasih yang teramat sgt dengan pihak media, elektronik dan cetak, kerana terus menyokong Fairuz untuk terus berkarya. Tidak kira sokongan secara lansung atau tidak. Terima kasih dan Fairuz mengharapkan sokongan itu berterusan. Dan seterusnya kepada peminat Fairuz. Yang mengikuti perkembangan Fairuz sejak awal lagi, Fairuz hadiahkan ini kepada anda. Tanpa sokongan anda, mungkin Fairuz tidak lagi menyanyi. Terima kasih.


Berkat sokongan yang sgt Fairuz hargai itu, Fairuz akan cuba untuk menyusun langkah yang terbaik agar Fairuz dapat puaskan hati semua pihak. Setiap luahan yang Fairuz akan luahkan dalam karya Fairuz, Fairuz hadiahkan untuk kamu semua. Terima kasih dan terimalah single ini sebaiknya.