Wednesday, July 14, 2010

Ulasan Pertandingan Tarian Pesta Muzik Peringkat Negeri Sembilan 2010.....

Salam....

Alhamdulillah adek2 didikan aku dapat wat yang terbaik masa pertandingan haritu...Walaupun rasa kecewa coz kalah dalam pertandingan tu namun aku bersyukur dapat banyak ilmu pengetahuan dan pengajaran disebalik pertandingan.....Aku xmenafikan ada sikit ksilapan yang dilakukan oleh kami masa pertandingan, tapi kami dah cuba sebaik yang mungkin...Kami tidak akan patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ni....Pe pun tq kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang latihan dan pertandingan ini dijalankan....

Untuk adek2 didikan aku yang akan naik ke darjah 6 tahun depan, aku doakan dorang berjaya dalam UPSR nanti....moga ilmu yang aku beri pada dorang semua akan digunakan dengan sebaik yang mungkin....Tq.....

Pertandingan Tarian Pesta Muzik Peringkat Negeri Sembilan 2010.....

Wednesday, July 7, 2010

Ulasan Rehearsal & Show Tarian (Kanak-Kanak) di Empress Hotel Sepang (05/07/2010)

Salam.....

Alhamdulillah show di Empress Hotel Sepang pada 05/07/2010 berjalan dengan lancar.Kami membuat persembahan Sempena Majlis "Malam Jasamu DiKenang" anjuran Jabatan Kesihatan Negeri (Negeri Sembilan).Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datin Dr. Hjh.Zailan Bte Dato' Hj.Adnan (Pengarah Kesihatan Negeri) Negeri Sembilan.Dalam persembahan tersebut, penari kami mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu gabungan tarian Zapin,India & Cina.Selain itu kami juga mempersembahkan tarian 60an' bagi menarik minat para tetamu yang hadir.Dari apa yang kami lihat, para tetamu terhibur dengan kedua-dua persembahan tarian terutama tarian 60an' yang diselitkan dengan unsur lakonan keletah penari kanak-kanak kami.Doakan Penari kami ini dapat meneruskan perjuangan dalam bidang seni yang mereka minati....

Wassalam........

Rehearsal & Show Tarian (Kanak-Kanak) di Empress Hotel Sepang (05/07/2010)

Thursday, July 1, 2010

Ulasan Rehearsal & Show Tarian (Kanak-Kanak) di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson 2010

Salam Semua.....

Alhamdulillah show pada 27/06/2010 haritu berjalan dengan lancar. Penari-penari aku mempersembahkan 2 jenis tarian iaitu Zapin Ya Kasih & 60'an....Penari-penari aku ni baru je berusia 9-11tahun....emmm....video aku akan upload bila aku dah xsibuk nanti ye....Kepada anda yang nak wat tempahan hubungi je no 017-2719149 / 019-6563794.....Sekarang dalam harga promosi....Sape cepat dapatlah harga yang paling murah...hehehe......Tq....

Rehearsal & Show Tarian (Kanak-Kanak) di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson 2010


Sunday, June 13, 2010

Show Tarian Sempena Majlis Penutup "Karnival Sukan JKM Seluruh Malaysia Kali Ke-V" 2010....

Alhamdulillah....Persembahan haritu berjalan dengan lancar...Lepas je dari show tu, ade beberapa individu ni datang dan nak wat tempahan persembahan tarian untuk majlis perkahwinan dan program2 lain.....Diharap kjayaan ini akan terus dikecapi sampai bila2...Terima Kasih kepada yang banyak membantu dan memberi dorongan...

Majlis Penutup pada malam tu telah dihadiri seramai 1500 orang dari seluruh Malaysia...Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Sharizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga & Masyarakat)...

Majlis berlangsung pada Hari Selasa 08/06/2010 jam 8.00 Malam di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson....

Tuesday, May 18, 2010

Harga Promosi Pakej Perkahwinan & Persembahan Tarian

Salam semua....

Kini promosi pakej perkahwinan kembali lagi dari JUN-JULY 2010....Kepada anda yang inginkan sebut harga tersebut sila sms ke :

017-2719149 / 019-6563794 (Pyan)

Kami akan menghantar senarai sebut harga tersebut melalui sms / email / ke rumah anda....Jangan lepaskan peluang ini...Hanya 10 orang terawal sahaja yang akan mendapat harga terhebat kami....Jangan lepaskan peluang..SMS / HUBUNGI kami segera....

Saturday, May 15, 2010

Naib Johan Pertandingan Tarian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sembilan 2010


Alhamdulillah.....Walaupun baru pertama kali kami terlibat untuk Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Sembilan ni, adek2 didikan aku ni dapat wat yang terbaik....Tahniah aku ucapkan pada adek2 ni coz berusaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik....Moga dorang akan terus berjaya pada masa-masa akan datang....Doakan yang terbaik untuk aku dan semua adek2 didikanku....Salam Sayang tuk adek2 ni....Miz u all....Korang memang best....

Friday, May 14, 2010

Kisah "GEMBIRA" Selepas Mendapat Keputusan Pertandingan Tarian

Salam kepada semua pembaca-pembaca blog aku ni....Meh join cite yang aku nak cite kat korang smua.....

"....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan...."

Kisah ni memang menyeronokkan bagi aku...Nak tau kenapa???
Aku adalah jurulatih bagi 2 buah sekolah rendah yang menghantar pasukan tarian untuk pertandingan Tarian sempena "Pesta Muzik Peringkat Daerah Port Dickson 2010"...Aku mengajar untuk Sekolah Kebangsaan Port Dickson dan Sekolah Kebangsaan Lukut....

Alhamdulillah pada tahun ni,kedua2 sekolah yang aku ajar telah pun mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan tersebut.Sekolah Kebangsaan Port Dickson telah pun mendapat JOHAN dan Sekolah Kebangsaan Lukut pula mendapat NAIB JOHAN...

Perkara yang paling menggembirakan ialah kami dapat menewaskan sekolah yang telah mendapat JOHAN 3x berturut2 dalam pertandingan seperti ini...Bukan senang untuk mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN kerana Juri-Juri yang mengadili pertandingan tersebut adalah orang2 profesional dalam bidang tarian...Walaupun ada sedikit yang berterabur semasa pertandingan,namun adek2 didikan aku dapat buat yang terbaik..Budak2 la katakan,ksilapan mesti ada punye sdangkan kite sndiri pun slalu mlakukan ksilapan.

Aku berpuas hati dengan penilaian tu coz juri tu sume org2 yang berpengalaman.Tapi disebalik tu plak,slepas je diumumkan keputusan pertandingan ada la bunyi2 yang tak sedap kami dengar.Bayangkanlah, da la salah satu sekolah ni mendapat tempat terakhir dalam pertandingan tu,boleh plak jurulatih dia pertikaikan keputusan juri.Jurulatih tu berpendapat,tarian mereka adalah yang terbaik dalam pertandingan tu.

Dah kalah tak boleh nak trima la puloookkkkk.....Profesional sangat ke ek jurulatih tu???? Kalo macam tu, nape tak dia je yang jadi juri kan????? Kelakar betul lah...Bawak2 la blajar untuk menerima kekalahan dan belajar dari ksilapan.Kite ni smua manusia, mesti ade kekurangan dan kelebihan masing2...Tahun lepas kami kalah,xde pun kami pertikaikan apa2 coz kami tahu kekurangan kami...

Kepada jurulatih tu :
1) Bawa2 lah blajar trima kekalahan
2) Belajar dari kesilapan
3) Jangan ingat kita sentiasa bagus dan sentiasa di atas
4) Belajar tuk berada di tempat terakhir
5) Sentiase senyum bila kalah
6) Belajar menuding jari pada diri sendiri dulu sbelum mnuding kearah org lain
7) Ingat !! Hidup kita ni ibarat roda "Kejap diatas dan kejap dibawah"
8) Belajar menghormati kerjaya dan kelebihan orang lain
9) Jangan bersikap meninggi diri dan SYOK SENDIRI
10) Belajar supaya tidak mudah lupa diri
11) Mengambil segala yang terjadi sebagai satu cabaran dan bukan pergaduhan
12) Banyak lagi nak pesan,takut nanti jurulatih tu tak dapat tidur malam lak

Akhir kata :

" Woiii jurulatih tarian tersebut....Bawak2 la belajar trima kekalahan k???? Amek la kemenangan tu dalam mimpi ekau yang indah tu...Pastu senyum n bergumbira lah anda sendirian didalam mimpi tu"....

Eh ada lagi :

"Ya ALLAH terima kasih kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN dalam pertandingan tu...Terima Kasih juga YA ALLAH kerana telah memberi kelebihan dan bakat mengajar serta menari untuk ku..."

Amin Ya Rabbal Alamin.....

"Johan" Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Port Dickson 2010 (SK.Port Dickson)