Monday, March 9, 2009

Latar Belakang Tarian Joget

Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di MALAYSIA kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari....Terutamanya ketika MANDI SAFAR suatu ketika dahulu di NEGERI MELAKA , tarian Joget Lambak begitu terkenal...Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di NEGERI MELAKA....

Tarian JOGET dipercayai berasal daripada tarian KAUM PORTUGIS iaitu BRANYO...Ketika iti JOGET diiringi lagu-lagu seperti JINGKLING NONA tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti JOGET SERAMPANG LAUT,JOGET 106,JOGET JOHOR SPORT CLUB dan lain-lain...JOGET juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada perkataan 'wrong geng' kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita...

No comments:

Post a Comment