Thursday, July 2, 2009

FAIRUZ ?????? SIapa Dia????Jommm....Intaiiii....

Dilahirkan di Batu Pahat, Johor, tanggal 23 mei 1985. 8 tahun lalu iaitu pada tahun 2001, Fairuz pernah menganggotai satu kumpulan muzik, Q-FACE. Bersama dengan Angah(allahyarham), Azan, Qimie dan Noh, Q-FACE sempat dikenali dan menghiasi majalah hiburan Malaysia untuk beberapa ketika. Bersama dua buah lagu yang sering berkumandang di corong2 radio iaitu IZINKANLAH dan CINTA TAK SEHALUAN, Qface menjadi salah sebuah kumpulan remaja yang agak popular . Malah lagu popular mereka “Izinkanlah” berada dalam top5 lagu pop pilihan , Anugerah Era 2002.

Walaubagaimanapun, jodoh Fairuz tak lama dengan kumpulan tu apabila di pertengahan tahun 2001 Fairuz menarik diri dr kumpulan Qface. Pada tahun 2002, Fairuz mencuba sekali lagi di persada seni dengan muncul bersama satu lagi kumpulan iaitu ANTZ di bawah label FMC. Bersama dengan Ein, Nazri dan Ijan, ANTZ juga sempat dikenali dengan beberapa buah lagu yang menjadi popular antaranya CINTA REMAJA duet bersama elyana, SEBATI dan juga LYDIA. tidak terhenti setakat album pertama itu, ANTZ muncul dengan album kedua pada tahun 2005 yang menampilkan hits MENANGGUNG CINTA dan TERPALING BERSERI.

Tahun 2008 merupakan permulaan perancangan untuk projek solo Fairuz. Dan tahun 2009 merupakan permulaan langkah Fairuz untuk mempromosikan kembali nama dan lagu barunya. untuk beberapa single pertama, Fairuz mempertaruhkan beberapa lagu baru, iaitu KU UNDUR CINTA, PALSU, ALAHAI SAYANG, dan juga CINTA TAK SEHALUAN.

No comments:

Post a Comment