Thursday, July 2, 2009

Ucapan Khas Dari FAIRUZ untuk semua peminat....

Assalamualaikum dan salam keberkatan Fairuz ucapkan. Pertama sekali, Fairuz ingin memanjatkan syukur yang teramat sgt kepada allah swt kerana dengan restunya, terus memberi peluang kepada Fairuz sekali lagi untuk menggunakan bakat kurniaannya di jalan ini. Juga kepada seluruh ahli keluarga terutama mak ayah yang tak henti-henti memberi galakan untuk Fairuz terus mencuba.

Penghasilan single ini yang seterusnya, insyaallah akan membawa kepada kemunculan album solo penuh Fairuz sememangnya sesuatu yang fairuz nantikan. Bermula dengan kemunculan Fairuz di persada ini bersama kumpulan qface, seterusnya antz, Fairuz sebenarnya terlalu sayangkan industry ini, dan sememangnya Fairuz ingin terus menyumbangkan bakat Fairuz kepada industry ini. Banyak halangan dan rintangan yang Fairuz lalui untuk terus kekal namun berkat sokongan dan usaha org sekeliling, Fairuz terus mencuba dan kali ini, sekali lagi Fairuz mencuba dan berbeza dangan sebelumnya kerana kali ini Fairuz sendirian.


Bertitik tolak dengan usaha ini, Fairuz sememangnya berterima kasih yang teramat sgt dengan pihak media, elektronik dan cetak, kerana terus menyokong Fairuz untuk terus berkarya. Tidak kira sokongan secara lansung atau tidak. Terima kasih dan Fairuz mengharapkan sokongan itu berterusan. Dan seterusnya kepada peminat Fairuz. Yang mengikuti perkembangan Fairuz sejak awal lagi, Fairuz hadiahkan ini kepada anda. Tanpa sokongan anda, mungkin Fairuz tidak lagi menyanyi. Terima kasih.


Berkat sokongan yang sgt Fairuz hargai itu, Fairuz akan cuba untuk menyusun langkah yang terbaik agar Fairuz dapat puaskan hati semua pihak. Setiap luahan yang Fairuz akan luahkan dalam karya Fairuz, Fairuz hadiahkan untuk kamu semua. Terima kasih dan terimalah single ini sebaiknya.

No comments:

Post a Comment