Wednesday, July 7, 2010

Ulasan Rehearsal & Show Tarian (Kanak-Kanak) di Empress Hotel Sepang (05/07/2010)

Salam.....

Alhamdulillah show di Empress Hotel Sepang pada 05/07/2010 berjalan dengan lancar.Kami membuat persembahan Sempena Majlis "Malam Jasamu DiKenang" anjuran Jabatan Kesihatan Negeri (Negeri Sembilan).Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datin Dr. Hjh.Zailan Bte Dato' Hj.Adnan (Pengarah Kesihatan Negeri) Negeri Sembilan.Dalam persembahan tersebut, penari kami mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu gabungan tarian Zapin,India & Cina.Selain itu kami juga mempersembahkan tarian 60an' bagi menarik minat para tetamu yang hadir.Dari apa yang kami lihat, para tetamu terhibur dengan kedua-dua persembahan tarian terutama tarian 60an' yang diselitkan dengan unsur lakonan keletah penari kanak-kanak kami.Doakan Penari kami ini dapat meneruskan perjuangan dalam bidang seni yang mereka minati....

Wassalam........

No comments:

Post a Comment